Friday, April 11, 2014

DISKAUN 7% Beli rumah DIMANSUHKAN..!!!



Hasrat golongan bumiputera untuk memiliki kediaman sendiri pada harga lebih rendah mungkin HANYA TINGGAL IMPIAN apabila kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor MEMANSUHKAN pemberian diskaun 7 % melibatkan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Sela­ngorku.

Pemansuhan itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad yang memberi alasan pemansuhan dibuat berikutan harga rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan negeri di bawah skim berkenaan adalah lebih rendah daripada harga pasaran.
Selain harga ditawarkan lebih rendah, jelasnya, harga rumah mampu milik terbabit juga turut diberikan subsidi oleh kerajaan negeri melibatkan empat kategori iaitu jenis A berharga di bawah RM42,000; Jenis B dan C (RM100,000 hingga RM200,000) dan jenis D (RM220,000 hingga RM250,000).

Thursday, April 3, 2014

PAS 4 all...yea ker!!!

SEJARAH PENUBUHAN PAS

Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di SingapuraMelaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.

Friday, May 3, 2013

UNGKAPAN AZIMAT AL-DAJJAL BILA TIBA HARI KIAMAT


Ungkapan ini asalnya ia datang dari parti STAR Sabah yang mengusulkan agenda pembaharuan dan perubahan bagi mendapatkan semula autonomi negeri tersebut. Namun kini telah menjadi satu fenomena yang biasa dilafazkan oleh semua orang.

Namun jangan kita tersalah sebut kerana salah sebutan boleh membawa kepada syikir Qubra...

Sama-sama kita renungkan... 

Thursday, May 2, 2013

Maklumat kertas daftar pemilih hantu dikesan!!!

cuba kita perhatikan penipuan yang cuba dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai maklumat kertas daftar pemilih yang jelas GAGAL....



Wednesday, May 1, 2013