Wednesday, December 28, 2011

Kenapa?Kenapa?Kenapa?

Kenapa?kenapa?Kenapa?

Kenapa apabila kita melaksanakan sesuatu dasar dan tindakan, kita buat sesuatu keputusan dan tindakan yang boleh mengundang pertanyaan dan kritikan dari pelbagai pihak.Kita ada peraturan, kita ada garis panduan, kita ada pekeliling dan arahan.kita ada undang2, tetapi masih kita membuat keputusan dan tindakan yang boleh mengundang rasa meluat majoriti masyarakat yang juga pelanggan kita.Kenapa?

Sunday, December 18, 2011

Alahai pembangkang....

Dah nama pembangkang, jadi kerjanya membangkang sahajalah, biarpun yang dibangkang itu adalah perkara yang elok dan mendatangkan faedah kepada rakyat.Pembangkang cukup bijak menyusun strategi mengwujudkan persepsi yang berbentuk negatif kepada kerajaan dan pada masa yang sama menonjolkan mereka adalah pejuang kepada masalah rakyat.

Menggunakan tagline kerajaan BN dalam apa jua penulisan, hujah dan dakyah mereka kepada rakyat, mereka menghukum dan melabel kerajaan BN sebagai kerajaan yang mengamalkan penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran. Kerajaan yang dibentuk melalui gabungan parti BN dianggap sebagai kerjaan yang mengamalkan dasar menguntungkan kroni-kroni tertentu.Dasarnya yang diamalkan adalah menindas rakyat.Kerajaan digambarkan sebagai amat zalim dan rakyatnya tertindas dn dinafikan hak untuk bersuara.Dibawah pentadbiran kerajaan BN kos sara hidup rakyat terus naik dan amat membebankan rakyat.Tetapi pada masa yang sama mereka lupa amat susah untuk mentadbir negara yang bernama Malaysia ini, negara yang menjadi idaman begitu banyak kuasa asing kerana pelbagai kelebihan.Begitu besar cabarannya dalam mentadbir sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan bangsa.Negara yang mempunyai pelbagai anutan agama, mengamalkan pelbagai adat dan budaya.Sedangkan dalam pembangkang sendiri berbeza pendapat dan perjuangan dalam isu isu pokok.

Kisah Anawar.....

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa - Oleh Zaini Hassan
July 13, 2011
13 JULAI — Beberapa hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: “Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar.”
Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna.
Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.


Thursday, September 8, 2011

Salam Perkenalan.......


Jendela Wilayah menulis... aidilfitri kali ini sebenarnya membuka maksud baru dalam diri JW,melihat situasi politk negara yang kian lama kian menyempit tekanan kepada anak bangsa lalu, JW berkata pada diri.."apa sumbangan JW pada negara dan anak bangsa.Apa yang ada dalam diri JW yang boleh JW kongsikan pada semua"...lalu menulis lah pilihan yang JW ada,menulislah senjata JWdengan menulislah harapan JW agar catatan JW dapat mengurangkan sedikit tekanan politik pada anak bangsa,InsyaAllah..

Jendela Wilayah menulis lagi.... politik tanahair lewat kini telah melangkaui batas susila yang patut ada.ada korban perang yang dibicarakan sebagai pengkhianat,pembunuh sebagai adiwira sanjungan.ada anak bangsa berubah binti dan agama,..ada bandar yang kurang suci perlu diBERSIHKAN,dan berbagai lagi tujuan "SUCI".. itu semua masa kini.. batas kasar yang didokong dan dipahat teguh sebagai perjuangan sebilangan oleh anak bangsa sedarah dengan JW,sekiblat dengan JW.APA MAHU MEREKA SEBENARNYA?

Jendela Wilayah menulis...cukuplah catatan pertama JW julungkali ini,ringkas kiranya dalam mata JW.. Insya Allah coretan dan catatan akan datang pasti menyusul,salam perjuangan maya dari JENDELA WILAYAH.