Friday, August 10, 2012

"Janji Ditepati" tema hari kemerdekaan yang 55 tahun



KUALA LUMPUR: 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. 

Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. 


Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. 

"Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak," katanya. 

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini hari ini, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan. 

Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. 
Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas. 

Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais. 

Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun. 

Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu. 

"Pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing. 

"Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu," katanya. - BERNAMA

sumber - BHgambar - sebagai hiasan

Tuesday, August 7, 2012

Let Tomorrow Be Better Than Today!!!




“Jangan Kau Tanya Apa Yang Negara Sumbangkan Untuk Kamu , Tetapi Tanyalah Apa Yang Kamu sumbangkan Untuk Negara” kata kata ini sering menjadi semangat dan penguat untuk saya terus memberikan perhatian dan semangat dalam mempastikan saya memberikan tumpuan didalam menjayakan hasrat pembangunan negara saya yang tercinta.
Saya juga pernah melalui zaman belia dalam arus pembangunan negara. Terlalu banyak rasanya jasa dan peluang yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan berikan kepada para belia sebelum dan masa kini. Apakah masih belum mampu untuk kita mengucapkan TERIMA KASIH diatas limpah dan rahmat melalui anugerah yang kita kecapi masa kini.
Sejajar dengan itu sya meraskan sudah sampai masanya para beliawan dan beliawanis mengembeling tenaga dalam usaha mencapai hasrat kepempinan melalui TRANSFORMASI seperti yang di laungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri  ”JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. Ayuh anda adalah pelapis dan generasi yang bakal membawa kecemerlangan menuju wawasan 2020 bagi menjadikan kita sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Bangkit bersama dalam pembangunan Ummah , Ekonomi , Sosial dan kesejahteraan kitabersama.Tiada yang mustahil andai kita hanya berpeluk tubuh.

Hendak belayar ke Teluk Betong,Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat
Jadikan segala landasan yang telah disediakan dengan menyuarakan segala pandangan merupakan satu lagi bukti kerajaan sedia mendengar suara dan aspirasi pewaris negara. Saya begitu yakin dengan konsep yang dilakukan ini Malaysia akan terus berada dilandasan yang benar dan terbaik bagi melunaskan JANJI DITEPATI menjurus kepada semangat RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Friday, August 3, 2012

BONUS AIDUIFITRI 2012 -PRIHATINANYA PEMIMPIN KITA


PUTRAJAYA:
Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. 

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. 
Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.
(Berita Harian)