Sunday, December 18, 2011

Alahai pembangkang....

Dah nama pembangkang, jadi kerjanya membangkang sahajalah, biarpun yang dibangkang itu adalah perkara yang elok dan mendatangkan faedah kepada rakyat.Pembangkang cukup bijak menyusun strategi mengwujudkan persepsi yang berbentuk negatif kepada kerajaan dan pada masa yang sama menonjolkan mereka adalah pejuang kepada masalah rakyat.

Menggunakan tagline kerajaan BN dalam apa jua penulisan, hujah dan dakyah mereka kepada rakyat, mereka menghukum dan melabel kerajaan BN sebagai kerajaan yang mengamalkan penyelewengan dan rasuah dalam pentadbiran. Kerajaan yang dibentuk melalui gabungan parti BN dianggap sebagai kerjaan yang mengamalkan dasar menguntungkan kroni-kroni tertentu.Dasarnya yang diamalkan adalah menindas rakyat.Kerajaan digambarkan sebagai amat zalim dan rakyatnya tertindas dn dinafikan hak untuk bersuara.Dibawah pentadbiran kerajaan BN kos sara hidup rakyat terus naik dan amat membebankan rakyat.Tetapi pada masa yang sama mereka lupa amat susah untuk mentadbir negara yang bernama Malaysia ini, negara yang menjadi idaman begitu banyak kuasa asing kerana pelbagai kelebihan.Begitu besar cabarannya dalam mentadbir sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan bangsa.Negara yang mempunyai pelbagai anutan agama, mengamalkan pelbagai adat dan budaya.Sedangkan dalam pembangkang sendiri berbeza pendapat dan perjuangan dalam isu isu pokok.



DAP dengan begitu bersemangat memperjuangkan kesamarataan rakyat bertopengkan semangat Malaysia Malaysiannya, tetapi pada hakikatnya semua orang tahu yang parti ini bergerak atas landasan memperjuangkan kepentingan kaum Cina secara keterlaluan.PAS pula adalah parti politik yang memperjuangkan penubuhan Islam tetapi semua rakyat tahu mereka adalah parti politik yang menggunakan agama Islam sebagai modal untuk menarik sokongan rakyat dan disandarkan kepada kebencian Nik Aziz kepada UMNO kerana tidak memperjuangkan Islam kononnya.Jikapun PAS menang seluruh kerusi parlimen mereka tidak akan dapat membentuk kerajaan tanpa bantuan dari rakan rakan lain dalam gabungan pembangkang.PAS adalah parti yang cukup berani memainkan isu isu Islam dalam perjuangannya, Islam pada pandangan PAS adalah tool atau alat yang boleh dimanipulisi untuk kepentingan survival politik mereka.Semua orang tahu banyak perkara dalam Islam telah dicelarukan oleh PAS.PKR tak usah nak didebatkan kerana ini parti yang lahir atas perasaan busuk hati, penuh dengan dendam kesumat kerana kegagalan pengasasnya iaitu Anawar Ibarahim (AI)untuk jadi PM, parti anak beranak inilah sebenarnya yang menjadi kuda hitam dan balaci kepada tangan tangan ghaib yang ingin menguasai negara.Siapa dia tangan ghaib ini akan dikupas dalam perbincangan akan datang.PKR dianggap sebagai parti yang bergerak atas dasar kepincangan moral pengasas dan orang kuat kepada pengasasnya.Perjuangan PKR adalah perjuangan untuk menjadikan AI sebagai PM, itu sahaja dan menggunakan tagline keadilan kepada rakyat sebagai momokan minda kepada rakyat, sebenarnya AI sendiri merasakan ketidakadilan kepada dirinya gara gara kecelaruan moral yang menjadi sebahagian dari sisi gelap beliau.Parti ini dilihat sebagai parti caca marba dan akan mengambil kesempatan berdasarkan prinsip politik matlamat menghalalkan cara atas prinsip Janji aku dapat jadi PM, apa nak jadi pun aku tak peduli.

Ulasan ini akan disambung dalam siri yang akan datang dan akan disampaikan dengan lebih terperinci berdasarkan bukti dan fakta serta logik akal yang boleh sama sama kita fikirkan.Jadi kepada rakyat diluar sana, sama sama kita fikirkan apakah kita masih mempertaruhkan kesucian agama, kedaulatan raja dan negara dan survival bangsa kerana kita menerima saman dari polis, atau anak kita gagal dalam permohonan biasiswa atau kita terpaksa beratur panjang dikaunter untuk menyelesaikan urusan dengan kerajaan atau kita tidak berjaya dalam temuduga untuk memasuki perkhidmatan awam atau permohonan kita berpindah kenegeri asal kita tidak diluluskan, sama samalah kita fikirkan.....Alahai pembangkang.......

No comments:

Post a Comment