Wednesday, December 28, 2011

Kenapa?Kenapa?Kenapa?

Kenapa?kenapa?Kenapa?

Kenapa apabila kita melaksanakan sesuatu dasar dan tindakan, kita buat sesuatu keputusan dan tindakan yang boleh mengundang pertanyaan dan kritikan dari pelbagai pihak.Kita ada peraturan, kita ada garis panduan, kita ada pekeliling dan arahan.kita ada undang2, tetapi masih kita membuat keputusan dan tindakan yang boleh mengundang rasa meluat majoriti masyarakat yang juga pelanggan kita.Kenapa?



1.Kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan oleh kerajaan menganugerah atau istilah standardnya 'award' projek NFC kepada suami shahrizat?

2.Kenapa tender pembelian peralatan tentera dibuat secara tertutup dari segi kaedahnya walaupun alasan utama berkaitan dengan isu kerahsiaan teknologi dan faktor keselamatan.

3. Kenapa kita menukar novel interlok setelah kita berhabis habisan membuat perubahan kandungan, memohon maaf dan bersakit tekak menerangkan kepada rakyat yang novel tersebut tiada niat menghina kaum India.

4. Kenapa kita perlu membuat satu lagi lapangan terbang LCCT dengan kos berbillion ringgit sedangkan kita tidak mengambil kira ujuran jangka panjang jumlah penumpang dan perancangan menyeluruh syarikat AirAsia semasa membina LCCT pertama?

5. Kenapa semakin banyak pendedahan di dalam media tentang penyelewngan dan salah laku serta rasuah melibatkan individu Melayu berjawatan tinggi dalam pelbagai bidang?

6. Kenapa MAS nak beli jugak kapalterbang baru dengan kos beratus juta ringgit sedangkan pihak kerajaan dan pengurusan MAS tahu syarikat tersebut mencatat kerugian yang besar?

7. Kenapa nak diserahkan kuasa penapisan filem kepada pihak penerbit dan produser dan tidak lagi dikawal oleh satu badan khas sebelum ini, kenapa tidak sahaja diperkasakan sahaja Lembaga Penapisan Filem ini dengan garis panduan yang lebih jelas dan ketat serta keahlian yang lebih profesional?

Kenapa perlu dibangkitkan semua ini?Sebab ianya memberi satu gambaran umum yang kurang elok kepada tindakan dan dasar kerajaan.Menambah buruk lagi apabila rakyat mengkritik dan mempertikaikan dasar yang cuba dilaksanakan kerajaan.Dan sudah tentu ianya membuka ruang kepada pihak pembangkang yang berdiri atas nama keadilan rakyat dan menentang kezaliman untuk mengkritik dan mempengaruhi rakyat tentang berlakunya salah urus tadbir, penyalahgunaan kuasa dan 1001 macam perkara negatif yang dikaitkan dengan kerajaan BN sebagai kerajaan yang memerintah.akhirnya kita terpaksa menggunakan segala ruang masa, tenaga dan wang untuk menerangkan kepada rakyat dan menangkis fitnah pembangkang yang akhirnya membawa kepada penentuan undi yang memihak kepada pembangkang sewaktu pilihanraya. Kenapa ini harus berlaku?Tepuk dada tanyalah fikiran.

No comments:

Post a Comment