Wednesday, January 11, 2012

Kalau saya jadi PM

Kalau saya jadi PM,saya akan terus turun ke peringkat akar umbi bertemu, mendengar dan cuba menyelesaikan permasalahan rakyat sekerap mungkin.

Kalau saya jadi PM, saya akan terus komited bertemu dengan ahli parti diperingkat akar umbi, memberi semangat dan dorongan untuk bekerja untuk rakyat. Menasihati ahli parti supaya lebih kerap berdampingan dengan rakyat dan mengelakkan dari terlibat dalam perkara perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka dan kritikan dari masyarakat.



Jika saya jadi PM, saya akan membuat dasar yang menguntungkan rakyat secara jangka masa panjang dan akan memastikan pelaksanaannnya telus tanpa dipengaruhi oleh karenah birokrasi.

Jika saya jadi PM, saya akan memastikan sebarang projek mega dan perolehan besar kerajaan dan negara di buat dengan telus, di rujuk dengan pakar, mengambilkira kesan kepada alam sekitar dan dimaklumkan kepada rakyat secara berhemah dan berfakta.

Jika saya jadi PM, saya tidak akan memperlekehkan pembangkang, mengkritik pembangkang tetapi sebaliknya akan sentiasa terus menjalankan pentadbiran dengan istiqamah dan berazam memastikan janji dan dasar yang dirancang dapat dilaksanakan.

Jika saya jadi PM, saya akan menerapkan konsep dan amalan Islam dalam gaya pentadbiran, kehidupan seharian dan perjuangan parti.

Jika saya jadi PM, konsep keserdehanaan dan sifat rendah diri akan dijadikan satu amalan berterusan dalam pentadbiran dan parti.

Jika saya jadi PM, saya akan bersolat jemaah 5 kali sehari dimesjid dan surau tanpa ditemani dan diringi oleh protokol yang ketat.

Jika saya jadi PM, saya akan sentiasa mengumumkan kejayaan demi kejayaan serta kemajuan sesuatu dasar untuk pengetahuan rakyat.

Jika saya jadi PM, saya akan sentiasa membuat lawatan mengejut dan pemeriksaan berkala sesuatu projek, dasar, program, aktiviti dan pentadbiran, melihat kelemahan pelaksanaan dan cuba menambahbaik sistem yang ada.

Jika saya jadi PM, saya akan kerap bersukan bersama sama di khalayak ramai untuk mempromosi gaya hidup sihat.

Jika saya jadi PM, saya akan senyum selalu dan memastikan saya bersedia dengan fakta dan maklumat yang mencukupi apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

Hanya dengan ini, pentadbiran kerajaan yang saya pimpin akan dapat memenangi hati rakyat dan bila tiba masanya rakyat akan berkorban untuk kita.

No comments:

Post a Comment