Tuesday, January 3, 2012

Tahun Baru, Perangai Lama

Ada 3 jenis manusia yang menyambut tahun baru dalam keadaan yang berbeza beza:

1. Menyambut tahun baru dengan azam dan semangat baru, disamping menilai kelemahan dan kesilapan perancangan dan pelaksanaan tahun sebelumnya.Tahun baru diset dengan dengan matlamat baru,perubahan cara berfikir dan sikap yang lebih segar serta dinamik,disertai dengan kaedah pelaksanaan yang tersusun, lengkap dengan perancangan tambahan mengambil kira senario dan keadaan semasa.

2. Tahun baru disambut dengan azam dan semangat baru, ada niat untuk berubah tetapi akhirnya kembali kepada keadaan yang asal.Masih ditakuk lama dan masih dengan set pemikiran dan sikap yang lama.

3. Tahun baru sama seperti tahun tahun sebelumnya, yang berubah hanya angka tahun dan umur sahaja.Hidup diteruskan seperti biasa dan menjalani kehidupan yang sama seperti biasa. Tiada apa yang berubah dan yang baru.

Kita sentiasa ada peluang untuk memilih, dan memang menjadi hukum Allah untuk memberi kita ruang untuk memilih, jadi jangan tersilap memilih atau langsung tidak membuat pilihan.Pilihan ditangan kita, jadi memilihlah dengan bijak.

Selamat Tahun Baru 2012 bersamaan 6 Safar 1433 Hijriah.

No comments:

Post a Comment