Tuesday, September 4, 2012

BENDERA SANG SAKA MALAYA


Tindakan sekumpulan anak muda membawa bendera baru pada Himpunan Janji Demokrasi, Khamis lalu boleh disifatkan sebagai insiden malang dalam sejarah negara kerana ia dilakukan pada ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-55. 

Sebagai rakyat negara berdaulat dan merdeka, tidak pernah terfikir masih ada golongan yang tergamak bertindak sejauh itu - mahu menukar Jalur Gemilang dengan bendera baru - yang tidak diketahui apa matlamat sebenar mereka. Apakah mereka bertindak sekadar suka-suka atau diperalatkan pihak tertentu demi memenuhi agenda politik parti pembangkang?


Kejadian itu kini sedang disiasat polis. Rakyat yang marah dengan insiden itu, ditambah dengan kelakuan biadab peserta himpunan memijak gambar pemimpin negara, akan mengetahui siapa sebenarnya dalang kejadian itu. Pastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang agar menjadi pengajaran. 




Biadab dan Buta Sejarah
Dalam penjelasan menerusi blognya, Najwan mengakui corak Sang Saka Malaya itu diadaptasi daripada bendera yang diguna pakai di Indonesia dan Singapura. Sementara itu dakwanya bendera Malaysia kononnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat tetapi dibezakan dengan bulan sabit dan bintang bucu 14 berwarna kuning. 

Selain dikibarkan, kumpulan itu juga mengedarkan risalah untuk mengajak rakyat menolak Jalur Gemilang dan memberi sokongan kepada bendera merah putih itu. 

Sudah tentunya dalam semangat sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, perbuatan mereka bukan saja tidak patriotik, malah biadab dan buta sejarah. Tindakan ini jika dibiarkan boleh memecahbelahkan masyarakat dan menggugat ketenteraman awam.
Isu Berulang
Tentu kita masih ingat, pada 16 September tahun lalu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah daripada DAP, M Manoharan pernah menimbulkan isu sama dengan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar dengan bendera bentuk baru, jika pakatan pembangkang berkuasa. 

Alasan beliau kononnya Jalur Gemilang yang menjadi simbol kedaulatan negara dan disanjung seluruh rakyat Malaysia itu lebih mencerminkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan negara Malaysia. 

Kini cadangan untuk menukar Jalur Gemilang timbul semula. Selain itu, mereka turut mempamerkan bendera baru bagi menggantikan Jalur Gemilang, berwarna merah putih dengan tertera lambang bulan sabit dan bintang, mirip kepada bendera kebangsaan Singapura. 

Tindakan provokatif dan biadab itu tidak boleh diterima dan dibiarkan atas apa juga alasan. Mereka mesti dikenakan tindakan tegas bagi memberi pengajaran dan teladan pada yang lain agar tidak mengkhianati tanah air sendiri. 
Apakah tujuan sebenar cubaan mengubah bendera kebangsaan Malaysia? Kenapakah ia direka bentuk menyerupai bendera republik yang menjadi jiran negara kita? 

Laporan akhbar semalam memetik pengakuan pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) sendiri, Mohd Najwan Halimi yang mendakwa beliau adalah pereka bendera yang dibawa oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi.


Semangat nasionalisme

Mereka sepatutnya bersyukur dan meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dengan penuh semangat nasionalisme kerana hanya dengan adanya sebuah negara yang merdeka inilah mereka dapat hidup dalam suasana aman, harmoni dan maju seperti yang dikecapi sekarang. 



sumber : bhonline

No comments:

Post a Comment