Tuesday, September 25, 2012

KAMI BANTAH FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"



Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.
Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.

Penelitian Sinar Harian Online mendapati antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD".
Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang tadi.
Pada sebelah pagi tadi, kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi.
Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.
Semalam, Rais berkata, SKMM bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk mengambil langkah sesuai dan pencegahan menyekat kandungan video itu daripada boleh diakses di Malaysia.
Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini.
YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu.
Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.
Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi, namun pada masa yang sama, Sinar Harian Online juga mendapati, treler filem sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunkan judul yang hampir sama dengan filem asal.
Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest MovieSam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.
Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of MuslimsFull HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims
-sumber sinarharian 16 september 2012 JAMILAH HAMZAH
Namun terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengecam tindakan umat islam di negara ini untuk memperjuangkan menghapuskan filem tersebut. Ini kerana filem ini telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan menyebabkan umat islam negara ini membnatah sekeras-kerasnya tindakan yahudi yang cuba untuk meghina umat islam.



 KUALA LUMPUR 20 Sept. - Majlis Tertinggi UMNO mengecam dan mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempertikai tindakan umat Islam bangkit membantah penyiaran filem anti-Islam Innocence of Muslims.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Koo Ham itu jelas memperlekeh umat Islam selain membuktikan DAP sebuah parti yang langsung tidak peka dengan isu-isu berkaitan dengan kepentingan masyarakat Islam.

Malah katanya, permohonan maaf yang dibuat Pengerusi DAP Perak itu hanya selepas teruk dikecam pelbagai pihak boleh dipersoal sejauh mana keikhlasan kerana sebagai pemimpin, beliau hairan mengapa Koo Ham tidak berfikir panjang sebelum membuat kenyataan itu.


Pada masa sama, Najib berkata, Majlis Tertinggi UMNO juga mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslimsserta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW oleh sebuah majalah Perancis.


"Kalau begitu kita pun buat kenyataan menghina dan kemudian minta maaf. Soalnya sejauh mana keikhlasan dia? Sepatutnya dalam isu agama mereka (pemimpin pembangkang) perlu lebih berhati-hati," katanya selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta semua ketua pergerakan.


Mengulas lanjut mengenai filem Innocence of Muslims serta karikatur menghina Nabi Muhammad SAW yang mencetus kemarahan umat Islam, Najib berkata, perbuatan tersebut tidak boleh diterima kerana ia mencemar kesucian agama Islam dan kemuliaan Rasulullah.
Jelas beliau, adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk mempertahankan agama Allah tetapi harus dilakukan dengan menggunakan pendekatan berhemah tanpa sebarang keganasan kerana Islam menolak keganasan.


"Kemarahan umat Islam ini adalah sesuatu yang dijangka dan tidak dapat dielakkan memandang mereka telah menghina Nabi Muhammad SAW. Ia perbuatan yang tidak boleh diterima walau apa alasan sekalipun termasuk atas nama kebebasan bersuara.


"Namun dalam mempertahan kesucian agama Allah ini, kita mestilah menggunakan pendekatan berhemah. Bantahan secara keganasan melampau sehingga membawa kematian bukan penyelesai masalah," katanya.
Najib sehubungan itu menggesa seluruh umat Islam hadir beramai-ramai untuk menyuarakan bantahan secara aman terhadap penyiaran filem dan karikatur tersebut bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO selepas solat Jumaat esok, di depan Masjid Jamek Kampung Baru.


- sumber utusan online
- gambar sebagai hiasan




No comments:

Post a Comment