Tuesday, September 25, 2012

KAMI BANTAH FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"



Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.
Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.

Penelitian Sinar Harian Online mendapati antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD".
Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang tadi.
Pada sebelah pagi tadi, kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi.
Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.
Semalam, Rais berkata, SKMM bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk mengambil langkah sesuai dan pencegahan menyekat kandungan video itu daripada boleh diakses di Malaysia.
Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini.
YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu.
Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.
Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang tadi, namun pada masa yang sama, Sinar Harian Online juga mendapati, treler filem sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunkan judul yang hampir sama dengan filem asal.
Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest MovieSam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.
Dalam pada itu, antara yang turut disekat ialah Full HD Innocence of MuslimsFull HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims
-sumber sinarharian 16 september 2012 JAMILAH HAMZAH
Namun terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengecam tindakan umat islam di negara ini untuk memperjuangkan menghapuskan filem tersebut. Ini kerana filem ini telah menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan menyebabkan umat islam negara ini membnatah sekeras-kerasnya tindakan yahudi yang cuba untuk meghina umat islam.

Tuesday, September 4, 2012

BENDERA SANG SAKA MALAYA


Tindakan sekumpulan anak muda membawa bendera baru pada Himpunan Janji Demokrasi, Khamis lalu boleh disifatkan sebagai insiden malang dalam sejarah negara kerana ia dilakukan pada ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-55. 

Sebagai rakyat negara berdaulat dan merdeka, tidak pernah terfikir masih ada golongan yang tergamak bertindak sejauh itu - mahu menukar Jalur Gemilang dengan bendera baru - yang tidak diketahui apa matlamat sebenar mereka. Apakah mereka bertindak sekadar suka-suka atau diperalatkan pihak tertentu demi memenuhi agenda politik parti pembangkang?


Kejadian itu kini sedang disiasat polis. Rakyat yang marah dengan insiden itu, ditambah dengan kelakuan biadab peserta himpunan memijak gambar pemimpin negara, akan mengetahui siapa sebenarnya dalang kejadian itu. Pastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang agar menjadi pengajaran. 




Biadab dan Buta Sejarah
Dalam penjelasan menerusi blognya, Najwan mengakui corak Sang Saka Malaya itu diadaptasi daripada bendera yang diguna pakai di Indonesia dan Singapura. Sementara itu dakwanya bendera Malaysia kononnya diadaptasi daripada bendera Amerika Syarikat tetapi dibezakan dengan bulan sabit dan bintang bucu 14 berwarna kuning.